Rabu, 25 Februari 2015

Rabu, Februari 25, 2015
Pelanduk Putih Jadi Tumpuan | Penemuan seekor pelanduk putih di pulau legenda ini menyebabkan kediaman milik Jismani Hasan, 41, di Kampung Buluh Penyumpit, dekat Kuah, Langkawi, menjadi tumpuan ramai.

Pelanduk Putih Jadi Tumpuan

Difahamkan, pelanduk putih yang dianggap unik dan jarang ditemui itu, dijumpai Jismani ketika mencari madu lebah di kawasan Hutan Simpan Bukit Tekoh,  bersama anak lelakinya pada petang Rabu minggu lalu.

Menceritakan penemuan pelanduk berkenaan, Jismani berkata, haiwan unik itu ditemui kira-kira jam 5.30 petang ketika dia dan anaknya berada di kawasan tepi sungai berhampiran Telaga Tok Siti di Hutan Simpan Bukit Tekoh.

"Kami terserempak dengan pelanduk putih berkenaan ketika ia turun untuk meminum air di tepi sungai... tanpa berlengah kami terus pasang pukat di kawasan terbabit, sebelum pelanduk putih berkenaan berjaya dijerat kira-kira sejam kemudian," katanya.

Pelanduk Putih Jadi Tumpuan

Jismani berkata, sejak berita penemuan haiwan unik itu tersebar, pelanduk yang diberi nama 'Awang Putih' itu ternyata mencuri tumpuan ramai sehinggakan kediaman Jismani sering dikunjungi orang ramai yang berhasrat menyaksikan haiwan berkenaan.

Malah, bapa kepada enam anak itu turut mengakui ada pihak yang menawarkan harga sehingga melebihi RM1,000 untuk membeli Awang Putih, namun dia lebih selesa untuk membelanya sendiri.

Difahamkan penemuan pelanduk putih itu adalah yang kedua di pulau pelancongan ini, selepas haiwan ganjil sama pertama kali ditemui di Hutan Simpan Bukit Tekoh pada 23 Mac 2001.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/36871


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.