Isnin, 2 Februari 2015

Isnin, Februari 02, 2015
Pemilik Stesen Minyak Bakal Di Denda 1 Juta | Pemilik sebuah stesen minyak di Bintulu, dekat sini, bakal berdepan denda maksimum RM1 juta atau tiga tahun penjara selepas didapati sengaja tidak membuat pesanan minyak dan kehabisan bekalan sejak petang, kelmarin.

Pemilik Stesen Minyak Bakal Di Denda 1 Juta

Tindakan pemilik stesen minyak berkenaan dikesan selepas pemeriksaan dan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak di seluruh negeri stesen minyak negeri ini bermula jam 5 petang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz A Rahim berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan sempena pengumuman harga baru diesel dan petrol oleh kerajaan bermula semalam.

Menurut Hafidz, hasil pemeriksaan mendapati sebuah stesen minyak di bandar Bintulu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 21(1), melanggar syarat-syarat lesen kerana gagal menentukan bekalan barang kawalan sentiasa ada dan mencukupi.

“Pemilik stesen didapati sengaja tidak membuat pesanan minyak dan kehabisan bekalan sejak jam 3 petang, semalam (kelmarin). Jika didapati bersalah, pemilik stesen minyak bakal didakwa dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda minimum RM1 juta atau tiga tahun penjara.

sumber
http://peraktoday.com.my/2015/02/denda-rm1j-menanti/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.