Rabu, 18 Februari 2015

Rabu, Februari 18, 2015
Pengalaman Urus Jenazah Tuan Guru - Nik Aziz | Walaupun lebih 10 tahun berkhidmat bersama Jabatan Amal (Unit Amal Pas), namun pengalaman bertugas pada hari pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan.

Pengalaman Urus Jenazah Tuan Guru Nik Aziz

Nik Aziz Isa, 40, yang berasal dari Pasir Mas, antara yang hadir membantu Jumaat lalu, walaupun terpaksa berdepan lautan manusia di pekarangan kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu, begitu juga di tanah perkuburan.

“Ia pengalaman paling bermakna. Hari ini (semalam) walaupun tidak seramai Jumaat lalu, namun orang tidak pernah putus, datang dan pergi, dari seluruh pelosok negara di tanah perkuburan ini,” katanya.

Nik Aziz hadir bertugas semalam dengan sukarela di bawah Unit Amal Pas, mengawal kawasan tanah perkuburan di Pulau Melaka bagi memastikan keadaan tidak sesak berikutan masih ramai yang datang mahu berdoa dan membaca surah Yasin di pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Akhirnya Kisah Sebenar TGNA Bangun Tahajjud Di Bongkar

“Ada yang datang selepas subuh lagi, solat di Masjid Pulau Melaka dan datang ke sini (kubur). Saya jangkakan keadaan bertambah sesak bila tiba musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Yang penting, Muslimin dan Muslimat mematuhi sunnah memasuki tanah perkuburan ini, pastikan pakaian tidak menjolok mata dan Muslimat juga perlu mematuhi kawasan larangan sebagaimana yang telah tertera di tiang khemah” katanya.

Sejak semalam, tali panjang diikat antara tiang khemah yang melindungi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz, selain satu papan tanda bertulis 'Perhatian, Wanita Dilarang Melepasi Tali Kuning'  turut dilekatkan di tiang tersebut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pengalaman-urus-jenazah-tok-guru-1.361211


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.