Khamis, 5 Februari 2015

Khamis, Februari 05, 2015
Penjelasan Anis Al Idrus Tentang Cinta Bersama Sharnaaz | "Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

Penjelasan Anis Al Idrus Tentang Cinta Bersama Sharnaaz

"Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

"Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz,"ujar Anis Al Idrus.

Anis Al Idrus menjelaskan tindakan pelakon Sharnaaz Ahmad mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah di Anugerah Juara Lagu 29 pada 28 Januari lalu bukan punca hubungan mereka berantakan.

Tambah Anis, dia sudah terlalu dewasa untuk bersikap cemburu seperti itu, malah Sharnaaz sendiri sudah menjelaskan kepadanya tujuan ucapan tahniah hanya atas dasar profesional sebagai rakan artis semata-mata.

Anis berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikhabarkan sudah putus.

Sharnaaz & Anis Putus Cinta?

Hubungan tersebut dikatakan mula berantakan apabila Sharnaaz mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah di Twitter selepas Anugerah Juara Lagu 29 lalu.

Anis kononnya cemburu dengan perkara itu dan bertindak memadamkan kesemua gambar-gambar mesra mereka. Manakala Sharnaaz pula memuat naik gambar-gambar berkaitan dengan luahan kekecewaan di laman sosial Instagram miliknya.

Mengulas perkara itu, Anis berkata, dia lebih selesa jika pelakon itu yang membuka mulut dan menjelaskan keadaan hubungan mereka kepada umum.

Katanya, sejak berkawan rapat dengan Sharnaaz, dia jarang mengeluarkan sebarang kenyataan tentang status hubungan percintaan tersebut.

"Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/04/anis-al-idrus/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.