Isnin, 2 Februari 2015

Isnin, Februari 02, 2015
Penuntut Wanita Maut Di Kelar Kekasih | Seorang lelaki bertindak kejam mengelar teman wanitanya dalam satu kejadian di KM 228.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran Bukit Gantang, tengah hari tadi.

Penuntut Wanita Maut Di Kelar Kekasih

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan sebelum terjatuh di atas jalan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, seorang lelaki keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berdekatan.

Penuntut Wanita Maut Di Kelar Kekasih

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun.

“Mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

“Kita turut menemui sebilah pisau yang mempunyai kesan darah dalam semak berhampiran tempat kejadian dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Penuntut Wanita Maut Di Kelar Kekasih

Sebelum kejadian, seorang saksi yang menunggang motosikal dari Pokok Assam ke Ipoh terlihat sebuah kereta Proton Perdana warna hitam diletakkan di tepi lebuhraya.

Seorang lelaki keluar daripada kereta dan menarik mangsa perempuan itu ke tepi besi penghalang jalan.

Penuntut Wanita Maut Di Kelar Kekasih

Siasatan awal mendapat suspek disyaki menghadapi masalah mental dan telah berkawan dengan si mati sebelum ini.

sumber
http://peraktoday.com.my/2015/02/wanita-maut-dikelar-teman-lelaki/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.