Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Pulanglah Jefry - Halijah Minta Anak Sulung Jins Samsudin Ziarah Bapa | Pada masa yang sama, Halijah turut diajukan soalan berkaitan anak sulung Jins hasil perkahwinan pertamanya dengan seniwati Rahmah Rahmat iaitu Jefry, 53, yang kini menetap di Woodland, Singapura.

Pulanglah Jefry - Halijah Minta Anak Sulung Jins Samsudin Ziarah Bapa

Menurut Halijah lagi, Jefry telah dimaklumkan keadaan kesihatan ayahnya sejak dari mula lagi. Namun, Halijah melahirkan sedikit rasa kecewa apabila tiada tindakan susulan daripada lelaki itu untuk menziarahi Jins.

"Saya faham, antara Jins dan Jefry wujud satu jurang yang besar disebabkan perpisahan yang berlaku. Dia dibesarkan di Singapura, manakala suami saya membawa diri ke Malaysia meneruskan kariernya.

"Disebabkan mereka tidak pernah duduk bersama, agak sukar untuk merapatkan hubungan tersebut. Sedangkan sewaktu Jins sihat walafiat dahulu, mereka pun jarang bersua muka.

"Namun, sebagai seorang ibu yang mempunyai hati dan perasaan, suami saya tetap ayah kandung Jefry, walau bagaimana sekalipun cara layannya. Sementara masih ada kesempatan, gunakanlah peluang ini untuk melawatnya di sini,” pesan Halijah kepada Jefry.

Tambahnya, sama ada Jebat mahupun Nadim sering kali memaklumkan khabar berita mengenai ayah mereka kepada Jefry, tetapi dipandang sepi olehnya.

Doanya agar suatu hari kelak dibukakan pintu hati untuk Jefry menjenguk keadaan Jins sementara esok masih ada. 

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/pulanglah-wahai-jefry-1.58070#sthash.cboVYGPq.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.