Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Rania Marketing Mahu Azad Jasmin & Isteri Betulkan Keadaan, Beri Tempoh 14 Hari | Setelah pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira mengadakan sidang akhbar dan mempertahankan diri daripada dakwaan melesapkan wang pelabur sebuah syarikat MLM, terkini pihak Rania Marketing Sdn. Bhd. pula tampil untuk memperjelaskan perkara sebenar.

Rania Marketing Mahu Azad Jasmin & Isteri Betulkan Keadaan, Beri Tempoh 14 Hari

Mohd Hisham yang juga merupakan duta kepada syarikat tersebut mendakwa, Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media.

“Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yang dinyatakan. Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir RM200,000 semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang”

“Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad,” katanya yang turut memberitahu perancangan roadshow yang telah dirancang melibatkan Azad dan isteri turut terbatal ekoran daripada keputusan mereka menarik diri.

Rania Marketing: Azad Jasmin & Eira Syazira Buat Laporan Polis

Selain itu, Azad juga turut dijemput hadir ke pejabat urusan syarikat berkenaan bersama 1000 orang yang didakwa tidak mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 orang. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan,” katanya lagi.

Hisham menyatakan sebolehnya pihak mereka mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik namun memberi 14 hari untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan. Seterusnya ikuti sidang media pihak Rania Marketing dibawah...



sumber
http://www.rotikaya.com/syarikat-mlm-dakwa-eira-azad-terima-rm200000-sebagai-pulangan-22/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.