Isnin, 9 Februari 2015

Isnin, Februari 09, 2015
Sarimah Ibrahim Nikah 2 April | Yana Samsudin, Sharifah Sakinah, Hanez Suraya, nampaknya Sarimah Ibrahim juga akan mengikuti jejak mereka, Sarimah dilaporkan akan bernikah pada 2 April depan.

Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu memilih cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) sebagai bakal suaminya. Pasangan ini bertunang pada 27 September tahun lalu.

Sarimah Ibrahim Nikah 2 April

"Majlis nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Prince bermula sebelah pagi dan bersanding pada malamnya. Keesokan harinya akan diadakan resepsi ala Barat di lokasi sama pada jam 8 malam.

"Majlis resepsi itu dibuat untuk keluarga sebelah ibu saya. Setakat ini sudah 70 peratus siap persiapan kahwin kami," ungkap Sarimah menerusi aplikasi WhatsApp miliknya kepada BH Online.

Ketika ini Sarimah sedang mengikuti kursus kahwin. Sarimah memberitahu dia akan mengenakan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi pada hari bahagianya nanti.

"Saya akan mengenakan busana rekaan Salikin untuk pernikahan dan persandingan. Untuk resepsi ala Barat itu saya akan pakai baju rekaan Melinda," katanya.

Sarimah Ibrahim Nikah 2 April

Sarimah dan Jamie berkenalan sembilan bulan dan kemudiannya bertunang.

Bagi keduanya, ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan sembilan bulan lalu.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/34086


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.