Jumaat, 13 Februari 2015

Jumaat, Februari 13, 2015
Suasana Hiba Selubungi Masjid Pulau Melaka : Suasana hiba menyelubungi pekarangan Masjid Pulau Melaka apabila surah al-Fatihah dibacakan berulangkali ketika orang ramai diberikan peluang untuk menatap wajah kali terakhir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Suasana Hiba Selubungi Masjid Pulau Melaka

Jenazah Allahyarham dibawa masuk ke masjid kira kira jam 9 pagi diiringi laungan takbir dan bacaan al-Fatihah.

Kira kira jam 9.30 pagi lebih 8,000 penyokong dan orang ramai memenuhi pekarangan masjid dan jumlah meningkat ketika majlis pengkebumian dijangka berlangsung kira kira 11 pagi ini.

Sebelum solat jenazah dimulakan beberapa pimpinanan parti dan kerajaan negeri diberi peluang berucap dengan dimulai Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.


Suasana Hiba Selubungi Masjid Pulau Melaka


Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di masjid kira kira jam 9.40 diiringi Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Solat jenazah dimulakan jam 10 pagi.

Sementara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap sebelum solat jenazah berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilanagan besar kepada umat Islam.

Suasana Hiba Selubungi Masjid Pulau Melaka

Katannya kepimpinan Allahyarham berbeza sehingga orang bukan Islam turut tertarik dengan gaya kepimpinan beliau.

"Semoga ilmu yang diberikan manfaat kepada semua. Kita berdoa ALLAH mengampunkan dan menerima amalan sepanjang hayat" katannya dalam nada sebak.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/suasana-hiba-iringi-solat-jenazah-1.359967


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.