Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Syaiful Zero Tangguh Kahwin, Mahu Tumpu Kerjaya | Syaiful Zero mengakui telah menunda perkawinannya kepada satu tarikh lain kerana mahu tumpu kepada kerjayanya bersama dua adiknya iaitu Sharif dan Atu.

Syaiful Zero Tangguh Kahwin, Mahu Tumpu Kerjaya

"Perkahwinan tersebut ditunda kepada satu tarikh lain kerana saya mahu fokus kepada kerjaya bersama dua adik saya iaitu Sharif dan Atu," ujarnya.

Syaiful yang popular dengan nama lawaknya Melati menambah, dia bersama adik-adiknya terlebih dahulu mahu membaiki rumah mereka di Kudat dan kemudian membawa ibu mereka menunaikan fardhu haji di Mekah.

"Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

"Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu… Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu," ujar Syaiful.

Terkini, Kumpulan Zero khabarnya bakal membintangi sebuah filem terbitan MIG yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/146858/Syaiful-Zero-Tangguh-Kahwin-Fo.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.