Isnin, 9 Februari 2015

Isnin, Februari 09, 2015
Tali Gantung Saddam Hussein Bernilai RM 25 Juta: Kalau orang yang lejen, dikenali ramai terutamanya seluruh dunia....apa saja bende yang ada kaitan dengan dia kompom boleh buat duit punya.


Tali Gantung Saddam Hussein Bernilai RM 25 Juta


Begitu juga dengan lejen Saddam Hussein...Terkini, bekas Perdana Menteri Mowaffak al-Rubaie mahu menjual tali gantung digunakan untuk melaksanakan hukuman mati terhadap Saddam Hussein.

Lapan tahun selepas pemimpin Iraq itu dihukum gantung pada 2006, beberapa individu dari Israel, Iran dan Kuwait kini mahu membida untuk tali berkenaan.

Dipercayai bidaan mencecah AS$7 juta (RM25 juta), namun Mowaffak dilaporkan mahukan harga lebih tinggi.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar Independent pada 2013, dia mengatakan tali itu diserah kepadanya selepas dikerat sebaik mayat Saddam diturunkan.

Kerajaan Iraq tidak mengulas isu ini, namun mengikut undang-undang tempatan, wang hasil jualan perlu diserahkan kepada perbendaharaan kerajaan. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/29593


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.