Isnin, 9 Februari 2015

Isnin, Februari 09, 2015
Tasha Shilla Kecewa Di Tuduh Jadi Escort Girl | Tasha Shilla terkejut dan kecewa bila dirinya dituduh menjadi 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan gadis peneman atau ‘Escort Girl’

Tasha Shilla Kecewa Di Tuduh Jadi Escort Girl

Segalanya bermula dari keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP.

Tasha telah menjawab persoalan itu ketika ditemuramah oleh wartawan Melodi yang telah disiarkan pada Ahad lepas.

Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya.

Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka.

Entahlah Tasha, bak kata orang kalau tiada angin takkan pokok boleh bergoyang, tapi dalam temubual itu, Tasha jawab pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan.

Mendalam sungguh maksudnya itu, apa-apa pun lepas ni diharapkan Tashalebih berhati-hati. Segala pergerakan selaku seorang selebriti ini amat mudah dikesan, almaklumlah muka selalu kuar TV.

Memang senanglah orang sekeliling kenal, jadi kepada kita ni kalau takde bukti tak yah nak ‘judge’ orang. Baik kita jaga kain kita sendiri..

sumber
http://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/645320/tasha-shilla-antara-10-wanita-diburu-polis-disyaki-escort-girl


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.