Isnin, 2 Februari 2015

Isnin, Februari 02, 2015
Tugasan Konti Buat Johan Terikat | Johan Raja Lawak mendedahkan komitmennya sebagai penyampai radio Era FM antara punca dia kini dilihat kurang muncul dalam drama atau filem terbaharu.

Tugasan Konti Buat Johan Terikat

Tambah Johan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepadanya kerana pihak produksi terpaksa mengikut jadual kerjanya dan ia akan memberi kesan kepada artis lain yang turut terlibat.

"Bukan tidak rindu hendak berlakon tetapi komitmen pada radio membuatkan saya terikat kerana jadual bekerja yang tetap setiap hari.

"Sekiranya saya terima juga mungkin akan turut menjejaskan jadual artis lain kerana terpaksa mengikut kesesuaian masa saya dan itu pasti tidak adil," katanya kepada mStar Online.

Johan bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam pada itu, Johan berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, tahun ini dia akan aktif menerbitkan program dan drama dibawah syarikat produksinya iaitu JWH Production bagi memudahkannya kembali aktif dalam bidang lakonan.

Jelas Johan, sebagai penerbit dia boleh menyusun jadual penggambaran mengikut kesesuaian masanya tanpa perlu menyusahkan pihak lain.

"Alhamdulillah sebelum ini saya pernah menerbitkan program untuk Astro iaitu 'Acaner Tu Johan' dan tahun ini menyasarkan untuk menghasilkan drama pula.

"Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya," jelasnya.

Sementara itu, Johan berkata, dia teruja dapat kembali bergandingan dengan Zizan Razak sebagai hos bersama Anugerah MeleTOP Era 2015 yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini pada 22 Februari depan.

Malah kata Johan, pihaknya sedang merancang untuk mengadakan persembahan istimewa buat peminat Jozan namun masih mencari tarikh sesuai untuk tujuan itu.

"Sudah agak lama kami tidak muncul bersama-sama dalam sebuah program besar dan peluang mengacarakan AME 2015 adalah platform terbaik untuk kami bersatu semula sebagai Jozan.

"Mungkin ramai yang tidak tahu sebelum ini kami banyak bergandingan dalam acara tertutup biarpun jarang dilihat bersama di televisyen dan saya sedang merancang sebuah persembahan pentas istimewa kami berdua khas buat peminat," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/02/johan-tolak-tawaran-berlakon/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.