Sabtu, 7 Februari 2015

Sabtu, Februari 07, 2015
UiTM Nafi Nursyuhada Di Culik Di Kawasan Kampus | Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan penuntut perempuan universiti itu yang menjadi mangsa kelar oleh seorang lelaki di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam diculik di kawasan kampus. 


Menurut kenyataan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said, mangsa, Nursyuhada Johari, tidak diculik seperti didakwa, sebaliknya secara sukarela mengikut suspek lelaki yang dipercayai teman lelakinya itu menaiki sebuah kenderaan.

“Mangsa tidak diculik di kawasan kampus seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya mangsa bertemu dengan suspek terbabit di luar kawasan kampus, kemudian mereka dilihat berbincang dan berbual-bual.

“Nursyuhada kemudiannya secara sukarela masuk ke dalam kenderaan suspek dan bergerak ke satu tempat lain, maksudnya mangsa tidak diculik di kawasan kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sesi Menteri Mentor UiTM merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia sesi 2014/2015 di Kem Bina Negara Tanjung Rhu di sini hari ini.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mangsa-kelar-tidak-diculik-1.55827


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.