Jumaat, 13 Februari 2015

Jumaat, Februari 13, 2015
Video Bapa Ikat Bayi Pada Stereng Kereta Di Kecam Orang Ramai | Dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu, ayah bayi berkenaan, Yong Liao, 39, dilihat memusingkan stereng dengan perasaan gembira selepas mengikat bayinya pada stereng kereta yang dipandunya.

Video Bapa Ikat Bayi Pada Stereng Kereta Di Kecam Orang Ramai

Lebih malang ibu kepada bayi, Xia Lung sempat merakamkan aksi yang disifatkan sebagai gurauan dan kemudiannya memuat naik rakaman video tersebut ke laman sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.

Bayi tersebut kemudiannya dilepaskan setelah dia mulai menangis, pening agaknya.

Kejadian berlaku ketika keluarga tersebut berada di stesen minyak di Miao. Selepas tindakan mereka dikritik oleh orang ramai, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet.

Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.

Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan.

“Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun.  -metro.uk




sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/02/13/video-ayah-ikat-bayi-pada-stereng/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.