Rabu, 4 Februari 2015

Rabu, Februari 04, 2015
VIDEO: Detik Pesawat Taiwan Terhempas, 9 Dilaporkan Maut | Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh selepas sebuah pesawat TransAsia Airways, Taiwan yang membawa 58 penumpang terbabas ketika berlepas sebelum terjunam ke sungai, pagi tadi.


Detik Pesawat Taiwan Terhempas, 9 Dilaporkan Maut

Kira-kira 16 penumpang sudah diselamatkan, kata jabatan penerbangan awam dalam taklima media di sini.

Seramai 31 pelancong China adalah antara penumpang dalam pesawat itu, kata Biro Pelancongan Taiwan.


Media Taiwan memaparkan gambar pesawat itu dalam Sungai Keelung, yang terletak beberapa meter dari pantai.


Taiwan Central News Agency (CNA) melaporkan pesawat itu yang berlepas dari bandar raya ini dalam penerbangan ke pulau Kinmen, hilang daripada radar kira-kira jam 10.55 pagi dan badan pesawat terjunam ke Sungai Keelung, tidak jauh daripada lapangan terbang Sungshan.



Detik Pesawat Taiwan Terhempas, 9 Dilaporkan Maut

Pesawat yang terbabit adalah daripada jenis ATR-72 turboprop keluaran Perancis yang dikendalikan dua juruterbang.

Badan pesawat itu separuh tenggelam di sungai itu manakala penumpang dan penyelamat di lihat berdiri di badan pesawat dan ada yang berenang ke tebing.


Nahas itu terjadi selang beberapa bulan selepas sebuah pesawat TransAsia ATR-72 terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Penghu, Taiwan menyebabkan 48 terbunuh dan 10 cedera. Cuaca buruk dipercayai menjadi punca nahas itu pada Julai lalu. - Reuters






sumber
http://www.bharian.com.my/node/33141

http://rt.com/news/229099-taiwan-plane-crash-landing-river/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.