Isnin, 9 Februari 2015

Isnin, Februari 09, 2015
Video: Jururawat Melatah Di Usik Tunku Jalil | Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil seperti yang dimaklumkan sedang mengalami sedikit masaalah kesihatan. Ekoran itu, beliau sering mendapatkan rawatan, terutamanya di hospital.

Video: Jururawat Melatah Di Usik Tunku Jalil

Mungkin untuk menghilangkan kebosanan di hospital, satu video dilaman Instagram dilihat Tunku Jalil sedang mengusik jururawat di salah sebuah hospital di Johor Bahru.

Video: Jururawat Melatah Di Usik Tunku Jalil

Tunku Jalil dilihat ceria mengusik jururawat itu sehingga melatah dan dia juga tidak kering gusi Tunku ketawa.

‘Moment’ itu Tunku kongsikan di Instagaram miliknya dan besar kemungkinan jururawat itu yang sering merawat Tunku ketika berada di hospital berkenaan.

Apa-apa pun, Tunku Jalil seeprti diketahui juga amat mesra dan ‘sporting’ dengan pekerja hospital dan dia sering menjadi bualan positif di timeline Instagram.

Tunku juga memuatnaik gambar dengan meminta maaf kepada petugas hospital tersebut sambil menyetakan niatnya hanya bergurau senda,

Video: Jururawat Melatah Di Usik Tunku Jalil

"Kan dah kena pukul. Sekali sekala usik Matron. Terima kasih kepada semua yang menjaga saya sewaktu di Hospital Sultanah Aminah Johor."

Video: Jururawat Melatah Di Usik Tunku Jalil

Semoga kesihatan Tunku cepat sembuh dan doa rakyat sentiasa buat Tunku agar sihat sejahtera. Jom kita lihat sedutan video usikan Tunku jalil dibawah…




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.