Isnin, 2 Februari 2015

Isnin, Februari 02, 2015
Yana Samsudin & Fadzil Zahari Kahwin 13 Februari Ini | Berita Harian melaporkan pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari telah mengesahkan yang mereka bakal berkahwin pada 13 Februari ini di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama.

Yana Samsudin & Fadzil Zahari Kahwin 13 Februari Ini

Menurut Yana, keluarga Fadzil Zahari telah menghantar rombongan meminangnya pada 14 Disember 2014 yang lalu selepas beliau membuat kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin sekitar tahun itu.

“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”

Yana Samsudin & Fadzil Zahari Kahwin 13 Februari Ini

“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”

“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya,” ujarnya.

sumber
http://www.rotikaya.com/yana-samsudin-fadzil-zahari-bakal-nikah-13-februari-ini/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.