Selasa, 24 Februari 2015

Selasa, Februari 24, 2015
Zero Jawab Tuduhan Berlagak & Sombong | Menyedari mereka kini telah menjadi sasaran pihak tertentu, Kumpulan Zero tampil menjawab tuduhan mengatakan mereka semakin berlagak semenjak menjuarai program Maharaja Lawak Mega (MLM 2014) sengaja untuk mengaibkan kumpulan mereka.

Zero Jawab Tuduhan Berlagak & Sombong

Menurut Sharif, dia terkejut dengan tuduhan tersebut namun menganggap ia sebagai satu bayaran apabila nama mereka mula dikenali.

"Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian.

"Bagaimanapun itu terpulang kepada pihak yang menilai kerana kami masih individu yang sama dan sedar akan asal usul kami," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sharif, sejak menjuarai MLM 2014 mereka tidak pernah meletakkan sebarang harga kepada pihak yang ingin memanggil mereka menjayakan persembahan pentas sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurus.

"Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemkian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana.

"Tuduhan 'demand' dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan sebarang harga tertentu," jelasnya.

Selain itu Sharif turut berkata, mereka bertiga tidak pernah menolak tawaran untuk bernaung dibawah pengurusan Astro sebaliknya memberitahu mereka meminta masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

Katanya lagi, buat masa ini mereka ingin belajar menguruskan karier mereka sendiri tanpa bantuan orang lain kerana dengan cara itu mereka dapat menjadi lebih matang dan mengetahui tentang selok-belok dunia hiburan.

"Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini.

"Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/24/zero/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.