Jumaat, 20 Mac 2015

Jumaat, Mac 20, 2015
13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak | Ramai betul selebriti kita yang menyambut kelahiran bayi mereka sekarang. Dan yang menariknya, bayi-bayi ini semuanya dah ada sesi fotografi mereka sendiri walaupun usia belum cukup setahun.

13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak

Kali ini portal Murai ingin mempersembahkan kepada anda foto bayi sulung vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi. Terima kasih kepada Team Camora Arts yang sudi untuk berkongsi foto-foto menarik ini bersama kami.

Radhi dan isterinya, Nur Shahira Ayu telah menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 30 Januari lalu.

Menurut Camora Arts, sewaktu sesi Newborn Shooting ini dijalankan, bayi yang dinamakan Nur Aishah itu telah berusia 1 bulan. Sesi fotografi itu bertambah meriah dengan gelagat Radhi OAG yang sememangnya sangat happening.

13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak

Tambah Camora Arts lagi, Radhi tampak lebih matang setelah bergelar seorang ayah. Mereka juga telah melihat sendiri betapa manjanya Aishah dengan ayahnya Radhi. Radhi juga turut mendodoikan Nur Aishah dengan zikir-zikir ringkas.

Atas permintaan Radhi dan isterinya Nur Shahira Ayu sendiri, konsep yang mereka inginkan adalah konsep yang simple dan penuh dengan emosi (candid). Sebagai konsep tambahan, Camora Arts telah membuat satu konsep padang pasir iaitu konsep Puteri Jasmine dengan jin lampu Ajaib seperti dalam cerita Aladdin.

13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak

Manakala satu lagi konsep yang mereka lakukan ialah konsep Announcement.

Menerusi konsep Announcement ini, kita akan dapat mengetahui tarikh lahir baby, berat badan baby, panjang baby dan sebagainya. Ini juga merupakan konsep terbaru Camora Arts dan bakal menjadi konsep wajib untuk setiap pelanggan Camora Arts.

13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak


13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak

13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak

13 Gambar: Radhi OAG Dedah Wajah Anak






sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/655606/radhi-oag-kongsi-gambar-puteri-sulungnya-nur-aishah


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.