Ahad, 15 Mac 2015

Ahad, Mac 15, 2015
4 Hari Dalam Longkang | Seorang lelaki warga emas terpaksa bermalam di dalam longkang selama empat hari dalam keadaan kesakitan tanpa disedari orang ramai selepas terbabit kemalangan motosikal.

4 Hari Dalam Longkang

Dalam kejadian Selasa lalu, Sharif Mat, 87, terperangkap di dalam longkang dipenuhi air sedalam lima meter selepas terjatuh di Kampung Chuar Hilir.

Mangsa bagaimanapun berjaya ditemui penduduk kampung dalam longkang berhampiran kediaman mangsa yang berada kira-kira 100 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong 5, kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Sharif berkata, dia menderita kesejukan selain lapar sepanjang terperangkap di dalam longkang itu.

“Banyak kali saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang perasan saya berada di dalam longkang,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di kedai berhampiran.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/37106#sthash.vvRORDej.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.