Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie | Sah...Haniz Suraya kini sah bergelar isteri kepada suaminya Romie dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Putrajaya pagi tadi.

5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Dengan sekali lafaz, Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, selamat dinikahkan oleh bapanya sendiri, Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat sekitar jam 11.25 pagi.

Pada majlis akad nikah itu, Romie atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha Abd Rais, 35, telah memberikan mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantarannya pula telah dirahsiakan jumlahnya.

5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Romie juga telah menyarung sebentuk cincin ke jari manis Hanez semasa upacara membatalkan air sembahyang.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan oleh pihak perempuan yang telah digubah indah oleh Najeeb From Kuntum.

5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie
5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Pasangan mempelai mengenakan baju kurung moden dan baju melayu berwarna putih rekaan Wan Pa.

Majlis dihadiri 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai kedua-dua belah pihak, termasuk pihak media.

5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

5 Gambar: Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Hanez dan Romie telah berkenalan selama 2 tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lepas.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/654162/hanez-suraya-romie-selamat-diijabkabul
https://www.facebook.com/mediahiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.