Isnin, 30 Mac 2015

Isnin, Mac 30, 2015
7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut | Empat pekerja kontrak yang sedang mengorek tanah di Jalan Kemubu, Pulai Chondong, di Machang tertimbus dengan dua daripadanya maut, manakala seorang lagi cedera.

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

Mereka yang maut adalah warga Thailand dan seorang lagi warga Myanmar. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Machang, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja mengorek tanah untuk pemasangan paip.

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

"Pada kedalaman tujuh meter, berlaku tanah runtuh dan menimbus empat mangsa yang berada di dalamnya.

"Bomba menerima panggilan 2.50 petang dan mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Machang. Mangsa yang cedera turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

7 Gambar Pekerja Korek Tanah Tertimbus, 2 Maut

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/40339#sthash.LKHcKZQ2.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.