Khamis, 12 Mac 2015

Khamis, Mac 12, 2015
Abby Abadi Nafi Nikah Ustaz Khairul Azli | Bernikah Agak heboh juga baru-baru ini apabila Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli telah selaamt bernikah, tambah pula ada komen mengakui mereka memang telahpun selamat bergelar suami isteri. Ikuti kata Abby dibawah,

Abby Abadi Nafi Nikah Ustaz Khairul Azli


"Gosip pernikahan’itu tidak seperti yang digembar gemburkan. Pernikahan itu suatu benda yang baik. Tiada sebab untuk saya rahsiakan (jika ia benar-benar sudah berlangsung),” kata Abby menjawab persoalan tersebut kepada Harian Metro.

Abby Abadi Dah Selamat Bernikah Dengan Ustaz Khairul?

Menurut Abby, lelaki yang sudah dikenali sejak lebih empat tahun itu adalah guru mengaji Al-Quran kepadanya dan juga anak-anak. Sebelum ini, kisah hubungan Abby dengan yang dikenali sebagai Khairul Azli tersebut sudah mencuri tumpuan selepas Abby disahkan bercerai.

“Pening hendak jawab mesej (ucapan) tahniah yang mengatakan saya sudah bernikah. Senang gila (sangat) orang percayakan gosip sedangkan benda itu (pernikahan) tiadalah. Sekali lagi saya ulang, buat masa ini tiada”

“Bila saya jawab tidak (bernikah) di dalam mesej ada pula yang kata saya hendak merahsiakannya. Aduhai, rahsiakan untuk apa? (Hakikatnya) memang tiada. Belum sampai jodoh lagi,” katanya sambil memberitahu bahawa jika sudah ada jodoh, pasti dia akan berkongsikan perkara tersebut.

sumber
http://www.rotikaya.com/abby-abadi-akui-belum-sampai-jodoh/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.