Ahad, 29 Mac 2015

Ahad, Mac 29, 2015
Adik Bongsu Presiden Maut Di Kapak | Adik bongsu Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena meninggal dunia semalam selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan kapak, dua hari sebelumnya.

Adik Bongsu Presiden Maut Di Kapak

Priyantha Sirisena, 42, parah di kepalanya dalam kejadian di Polonnaruwa. Polis berkata, seorang lelaki ditahan berhubung kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Maithripala berada di China atas lawatan kerja.

Dalam satu kenyataan, kerajaan berkata, Priyantha diserang ketika pertengkaran dengan rakannya, lewat Khamis lalu.

Dia diterbangkan ke Colombo untuk rawatan kecemasan, tetapi gagal diselamatkan disebabkan kecederaan yang terlalu teruk di kepalanya.

Maithripala yang dilantik Januari lalu berbeza daripada pemimpin terdahulu itu apabila enggan melantik pengawal keselamatan untuk adik-beradiknya, malah dia sendiri mempunyai unit perlindungan yang amat kecil. - AFP

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/40018#sthash.ldLa5LG2.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.