Sabtu, 21 Mac 2015

Sabtu, Mac 21, 2015
Aisyah BFM Terima Ugutan Bunuh | Semalam viral di media sosial apabila seorang wanita yang bernama Aisyah Tajuddin dikatakan telah menghina hukum hudud yang bakal dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Aisyah BFM Terima Ugutan Bunuh

Hari ini, pihak BFM dikatakan telah tampil menjawab perkara ini dan memohon maaf dengan video yang dihasilkan mereka itu yang dikatakan telah disalah tafsir oleh orang ramai.

Menurut pihak BFM video tersebut dihasilkan adalah hanya sekadar satira kerana mereka menganggap hudud belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana keadaan ekonomi semasa dan negeri tersebut baru sahaja ditimpa musibah banjir.

Mereka yang telah menarik balik video tersebut agak kesal kerana Aisyah Tajuddin telah menerima ugutan bunuh dan ro-gol dari pihak tertentu.

Selain kenyataan dari BFM, pihak mufti Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Aisyah tersebut adalah keterlaluan dan dia harus bertaubat kerana boleh terpesong akidah.

Umat Islam yang mempersendakan hukum hudud sama ada secara lisan atau melalui rakaman video perlu segera bertaubat sebelum terlambat.

Katanya, mereka yang melakukan secara sedar dan bukan secara jahil boleh jejaskan akidah dan pegangan agama.

"Sebagai umat Islam, kita perlu faham hukum ini dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam supaya mereka hormat dengan hukum ini.

"Sebaliknya umat Islam sendiri yang tidak faham dan menjadikan hukum ini sebagai suka-suka," katanya.

Video itu telah disiarkan di laman Kelantan Story  & Jj Stall Story Facebook dan seterusnya dikongsi lebih 16,500 kali pada masa penulisan.

Ramai pengguna Facebook memberi komen dengan bertanya mengapa Aisyah mempersoalkan undang-undang Tuhan dan menyuruhnya bertaubat.

BFM berkata Aisyah bukanlah penulis skrip, justeru apa yang dilihat di video itu bukanlah pendirian peribadinya mengenai isu itu. Tambah mereka, Aisyah hanya melakonkan watak tersebut dan apa yang dicakapkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang telah diberi oleh BFM.




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.