Khamis, 26 Mac 2015

Khamis, Mac 26, 2015
Ajak Shiro Dapat Baby Perempuan |  Tahniah diucapkan kepada Ajak Shiro yang baru saja menimang bayi perempuan pada jam 1 tengah hari 25 Mac.

Ajak Shiro Dapat Baby Perempuan

Tahniah diucapkan kepada Ajak Shiro dan juga isteri yang selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka (bayi perempuan) hari ini pada pukul 1 petang semalam malah apa yang lebih membuatkan kami terharu ialah luahan perasaan Ajak di akaun Instagramnya yang sangat menghargai isterinya itu. Tulis Ajak Shiro....

"Sy cuma nk berkongsi perasaan ikhlas saya bila sy tgok wajah dia.. Dia minta nak baring atas peha.. Katanya lebih selesa..Sy sedih sgt rasa bila tgok muka isteri saya mcmni.. (ISTERI) mudah disebut tapi xsemua sedar apa mksdnya.. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Ia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya dan menyetrika dengan rapi... 

Ketika kita complain masakan dia xsedap.. Dia akan cuba bljr dari siapapon utk cuba hidangkan makanan yg sedap utk suami.. Meski laki-laki tak paham benar, tapi Allah Maha Mengerti, karena itulah ia memberi reward pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal karena melahirkan anak, Tuhan langsung memberinya syurga. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silahkanlah ia masuk surga dari pintu mana saja ia suka.

Mulialah wanita shalihah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. Sebagai suami baba doakan yg terbaik utk ibu... Jauh dalam sudut hati.. Baba doakan Allah akan janjikan syurga utk ibu nanti... Kerana ibulah isteri terbaik tanpa ibu sedar.. 

Menurut pelakon dan pelawak ini, pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu merupakan satu perkara yang sangat besar walaupun terpaksa berhadapan dengan kekangan masa dan juga pelbagai kerenahnya sebagai suami.

Ajak Shiro Dapat Baby Perempuan

Memang jujur apa yang diluahkan Ajak di dalam gambarnya itu. Malah dalam siri gambar yang lain juga, Ajak turut memenuhi permintaan isterinya untuk makan lontong goreng walaupun ketika itu, mereka sudah berada di depan bilik bersalin.

Ajak Shiro Dapat Baby Perempuan

Ajak dikurniakan dua orang anak sebelum ini, Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif malah apa yang menariknya, ketiga-tiga anak Ajak ini lahir pada tarikh yang sama iaitu, 25 Mac, cuma berbeza tahun sahaja. Menarik bukan?

Apa-apa pun, dengan kelahiran cahaya mata baru ini, semoga keluarga ini akan terus meriah dan dalam masa yang sama, sentiasa bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.

sumber
http://www.rotikaya.com/ajak-shiro-isteri-sambut-kelahiran-anak-ketiga/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.