Rabu, 11 Mac 2015

Rabu, Mac 11, 2015
Akan Ingat Pesan Arwah Sampai Bila-Bila - Achey | Walaupun tulang kakinya retak akibat jatuh motor Scrambler, itu tidak mematahkan semangat Achey yang jelas terkesan dengan pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik.

Akan Ingat Pesan Arwah Sampai Bila-Bila - Achey

Umum mengetahui, Achey merupakan bekas protégé kepada Arwah Harun dalam satu pertandingan realiti di sebuah produksi televisyen swasta.

Dalam masa yang sama, Achey turut menyifatkan arwah sebagai seorang guru yang baik ketika membimbing beliau suatu ketika dahulu. Walaupun jarang berjumpa, tetapi arwah selalu memberi nasihat dan kata-kata semangat jika dirinya terlibat didalam sesuatu pertandingan yang besar.

Oleh sebab jasa dan pengorbanan tersebut, Achey turut menangguhkan rawatan terhadap kaki kanan yang semata-mata ingin melihat Allahyarham buat kali terakhir.

Selain menjadi orang yang paling penting dan bertanggungjawab membawa nama Achey ke dalam industri seni ini. Allahyarham sering menasihatkannya agar sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak mengambil peduli dengan kritikan masyarakat.

Ditanya adakah kecederaan tersebut bakal mengganggu jadual hariannya, Achey secara senyum menjelaskan perkara tersebut sama sekali tidak  menjadi  satu masalah buat dirinya dan berjanji akan tetap memberikan komitmen kerana tidak mahu menyusahkan pihak yang lain.

sumber
http://www.era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah/Lihat-Gosip.aspx?arc=9562&sec=78


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.