Ahad, 8 Mac 2015

Ahad, Mac 08, 2015
Al Fatihah, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia | Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik dilaporkan telah meninggal dunia jam 5.00 petang tadi di sebuah stesen minyak, Bukit Merah ketika dalam perjalanan pulang dari satu majlis perkahwinan di Pulau Pinang..

Al Fatihah, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah, Den Wahab.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Afdlin Shauki yang dihubungi Sianr Harian turut mengesahkan perkara itu berkata,

“Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.

“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.

Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Sehingga kini, punca kematian belum dapat dipastikan. Allahyarham Harun Salim Bacik dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.


sumber
http://www.bharian.com.my/node/39436
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/harun-salim-bachik-meninggal-dunia-1.366544


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.