Selasa, 10 Mac 2015

Selasa, Mac 10, 2015
Alhamdulillah, Zulin Aziz Pula Berhijab | Seorang lagi rakan artis telah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Terbaru, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz dilihat telah memuat naik foto terbarunya yang lengkap bertudung ke akaun Instagram.

Alhamdulillah, Zulin Aziz Pula Berhijab

Berita penghijrahan ini turut dikuatkan lagi dengan status yang disertakan bersama gambar tersebut yang berbunyi;

"Buka buku baru.semoga lebih baik dr yg sebelumnya.doakan saya ya," tulis Zulin ringkas.

Peminat Zulin dilihat turut berkongsi kegembiraan dengan mengucapkan kata-kata tahniah dan pujian dengan keputusan ini.

"Betul saya kini telah berhijab. Tidak ada sebab tertentu cuma ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pula apabila sudah berhijab pada saya ia bukan halangan untuk meneruskan kerjaya seni. Tinggal lagi cara kita untuk menjaga perilaku diri.

"Dalam masa yang sama, perubahan saya ini juga bukan atas kehendak orang lain atau trend semasa tetapi ia lebih kepada tuntutan agama."

Tahniah di ucapkan buat Zulin, semoga Zulin terus istiqamah dengan kuptusan ini dan seterusnya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berpanjangan di masa hadapan.

sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/zulin-aziz-kini-berhijab-1.367228


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.