Khamis, 26 Mac 2015

Khamis, Mac 26, 2015
Amaran Sharnaaz Ahmad Pada 2 Penyagak | "Salam semua, ini 2 manusia tak guna patut dihukum rejam sampai lunyai!! Jaga jaga dgn penipuan due ekor ini.. Yes ekor.. Binatang berhati mulia walaupun tidak berakal, tetapi dikurniakan akal, digunakan untuk mengaut keuntungan.. EVENT DI SINGAPORE INI ADALAH PALSU!! Tujuan mengaut keuntungan.. Sila cari ini dua ekor dan ambik duit dia.. Familia Singapore tolong berhati hati.."

Amaran Sharnaaz Ahmad Pada 2 Penyagak

“Saya keluarkan amaran itu sebab mahu mengingatkan peminat supaya jangan terpedaya. Saya nak beritahu benda sebenar agar orang lain tidak kena tipu dengan dua penyangak ini,” kata Sharnaaz Basir Ahmad memberikan peringatan mengenai penipuan penganjur sebuah majlis ramah mesra dan jamuan amal palsu yang dijadualkan berlangsung di Singapura hari ini.

Sharnaaz, 30, berkata, pendedahan yang dilakukan dalam akaun Instagram miliknya semalam bertujuan mengingatkan peminat yang membuat tempahan untuk bertemunya pada majlis berkenaan.

Amaran Sharnaaz Ahmad Pada 2 Penyagak

Jelasnya, pada hakikatnya majlis itu sudah dibatalkan selepas dia menerima notis pembatalan daripada penganjur atas alasan masalah kewangan.

“Saya sedia maklum minggu lalu yang majlis itu sudah terbatal jadi saya pun tidak ambil peduli lagilah. Walaupun dia (penganjur) menipu saya dengan memberikan cek palsu kononnya untuk bayaran pendahuluan penampilan saya di acara itu tapi saya tak marah sangatlah sebab tak ada rugi apa pun.

“Tapi bila semalam kawan-kawan di Singapura menghubungi dan bertanya untuk berjumpa saya pada Jumaat ini, saya jadi terkejut sebab acara itu memang sudah dibatalkan. Rupa-rupanya penganjur itu sudah membuat promosi palsu dan mengutip bayaran daripada orang ramai yang mahu menyertai acara berkenaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/39402#sthash.lNIRRcWZ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.