Khamis, 19 Mac 2015

Khamis, Mac 19, 2015
Anak Perempuan Najib Nooryana Najwa Kahwin Esok | Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Anak Perempuan Najib Nooryana Najwa Kahwin Esok

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung esok (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan,  Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan  kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital".

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat (AS). - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/anak-perempuan-najib-langsung-perkahwinan-esok-1.370224


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.