Ahad, 8 Mac 2015

Ahad, Mac 08, 2015
Arwah Harun Salim Bachik Sesak Nafas & Jatuh Ketika Hendak Ke Tandas | AllahyarhamHarun Salim Bachik, 55‎, telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol petang tadi.

Arwah Harun Salim Bachik Sesak Nafas & Jatuh Ketika Hendak Ke Tandas

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Ketika kejadian, allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.

Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.

Al Fatihah, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/arwah-jatuh-ketika-ke-tandas-1.366548


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.