Jumaat, 27 Mac 2015

Jumaat, Mac 27, 2015
Awie Wings Terima Anugerah Silat Gayong | Vokalis kumpulan Wings, Awie pada Rabu lalu telah menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong pada Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015.

Awie Wings Terima Anugerah Silat Gayong

Lebih manis lagi apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan anugerah tersebut kepada Awie atau  nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong.

“Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” kata Awie.

Majlis anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia pada 24 Mac lalu.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/151049/Awie-Terima-Anugerah-Sandang-Kebesaran-Gayong.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.