Selasa, 3 Mac 2015

Selasa, Mac 03, 2015
Bella Teguh Di Belakang Nazim Othman | Keadaan Nazim Othman kini menjadi bualan hangat para peminat sejak dia diketahui mempunyai masaalah kesihatan.

Bella Teguh Di Belakang Nazim Othman

Namun begitu, Nazim terus memilih untuk mengunci kemas mulutnya dari membuat sebarang kenyataan. Teman rapatnya, pelakon Bella Dally juga enggan mengulas lanjut mengenai perihal itu.

"Sebenarnya mengenai kesihatan Nazim, saya tidak berhak untuk membuat sebarang kenyataan. Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap berada di sampingnya untuk memberikan sokongan kepada Nazim," kata Bella kepada BH Online sebentar tadi.

Nazim dan Bella enggan membuka mulut mengenai hubungan rapat mereka dan tidak mahu mencanang perihal cinta sebaliknya ingin fokus kepada perkembangan kerjaya mereka.

[7 PIC] Nazim Othman Mengidap Kanser Otak?

Dalam pada itu, Bella juga turut berkongsi berita gembira yang kontraknya sebagai model tudung jenama Ariani akan disambung kepada dua tahun.

"Insya-Allah hujung bulan ini saya akan menyambung semula kontrak bersama Ariani yang sepatutnya tamat pada bulan ini. Pada asalnya, kontrak saya hanya untuk enam bulan namun mereka memilih untuk meneruskan kerjasama dengan saya.

"Saya sememangnya teruja kerana sekali lagi dipilih untuk menjadi wajah kepada jenama tudung Ariani ini. Setiap bulan pihak Ariani memberi kebebasan kepada saya untuk memilih dan menggayakan sepuluh tudung pilihan saya sendiri," kata Bella.

Selain itu, Bella turut berkongsi yang drama bersiri Bencinta lakonannya bersama Fathia Latiff dan Fattah Amin terbitan Zeel Production bakal disiarkan tidak lama lagi untuk slot Samarinda di TV3.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/37951


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.