Jumaat, 6 Mac 2015

Jumaat, Mac 06, 2015
Benjy Di Tahan Kali Ke Tiga Kerana Dadah | Benji atau Khaeryll Benjamin Ibrahim dicekup buat kali ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu.

Benji Di Tahan Kali Ke Tiga Kerana Dadah
Imej Hlive
Pelakon  berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK  Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.

Pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

Pelakon Di Tahan Miliki Dadah & Pistol Angin

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angina di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/149073/Miliki-Syabu-Benjy-Dicekup-Kali-Ketiga.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.