Rabu, 11 Mac 2015

Rabu, Mac 11, 2015
Benjy Tak Kerja, Tinggal Di Pondok Pengawal? | Biar betul ehh....retis bernama Benjy yang baru-baru ini ditangkap kerana memilik dadah hanya tinggal (menumpang) di pondok pengawal bersebelahan rumah rakannya?

Benjy Tinggal Di Pondok Pengawal?

"Anak guam saya kini tinggal di pondok pengawal rumah rakannya dan agak sukar untuknya mendapatkan wang yang banyak sebagai wang jaminan."- Kata peguam Benjy, Farhan Read dalam reaksi balas kepada Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM9,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 untuk pertuduhan kedua untuk Benjy.

Sementara itu, peguam Zaidi Othman yang mewakili Julia turut memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang perlu menanggung dua orang anak berusia setahun setengah dan empat tahun.

Anak guam saya juga hanya membantu rakannya berniaga pakaian dengan pendapatan kurang RM1,000.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor kemudiannya membenarkan masing-masing diikat jamin RM4,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 bagi pertuduhan kedua dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

sumber
http://www.ohbulan.com/benjy-tak-mampu-bayar-wang-jaminan-hanya-tinggal-di-pondok-pengawal/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.