Ahad, 1 Mac 2015

Ahad, Mac 01, 2015
Blogger Anti & Hina Islam Mati Di Tetak | Seorang blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat (AS) ditetak sehingga mati di tepi jalan oleh kumpulan militan selepas dia menerusi laman blognya begitu lantang mengutuk Islam.

Blogger Anti & Hina Islam Mati Di Tetak

Blogger tersebut, Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut dalam serangan oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang pada Jumaat malam di Dhaka manakala isterinya Rafida Ahmed parah.

Setakat ini kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.

Kumpulan berkenaan juga memberitahu, serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS - negara yang bertanggungjawab menyerang Syria.

Blogger Anti & Hina Islam Mati Di Tetak

Polis Bangladesh memberitahu, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.

Hal ini kerana, kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.

Blogger Anti & Hina Islam Mati Di Tetak

Dalam ugutan berkenaan, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.

Jelasnya, terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida yang turut cedera.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis.

Blogger Anti & Hina Islam Mati Di Tetak

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/02/28/tetak-blogger/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.