Jumaat, 6 Mac 2015

Jumaat, Mac 06, 2015
Budak 8 Tahun Maut Ketika Cuba Cas Bateri | Seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas bateri motosikal mini milik abangnya.

Budak 8 Tahun Maut Ketika Cuba Cas Bateri

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Khamis, mangsa, Mohd Azmar Tahkim Asri terkena renjatan elektrik dipercayai akibat litar pitas.

Kejadian berlaku di rumahnya di Taman Putri, Pokok Sena, Alor Star.

Kanak-kanak malang itu dijadual untuk menerima anugerah kecemerlangan akademik bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolahnya minggu depan.

Ketika kejadian, difahamkan ibu mangsa Sarinah Akob, 40 dan abangnya, 18, sedang tidur di bilik lain sebelum dikejutkan dengan jeritan mangsa.

Bagaimanapun mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas ibu dan abangnya bergegas ke bilik lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar mengesahkan kejadian, berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/03/06/maut-caj-bateri/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.