Rabu, 25 Mac 2015

Rabu, Mac 25, 2015
Budak 9 Tahun Di Hukum Kejam Kerana Curi Wang & Telur | Seorang budak berusia sembilan tahun telah dikurung di dalam sangkar dan direjam ke dalam kolam sebagai hukuman kerana mencuri.


 Jin Hung pada mulanya ditangkap oleh jiran kerana mencuri sejumlah wang dan telur ayam.

Bagaimanapun bagi memberi pengajaran kepada budak tersebut, dua lelaki yang juga jiran mangsa iaitu Yuan Kang, 35, dan Cheng Yeh, 40, telah mengurung Hung di dalam sangkar.

Budak 9 Tahun Di Hukum Kejam Kerana Curi Wang & Telur

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak memcampak budak berkenaan ke dalam kolam dalam keadaan tangan terikat ke belakang.


Media tempatan melaporkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang panik kemudian menghubungi pihak polis untuk menyelamatkan anak mereka daripada mati lemas.

Tindakan kejam dua lelaki terbabit turut dikecam oleh netizen selepas ia dimuat naik ke laman sosial Weibo.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/03/14/dera-budak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.