Selasa, 3 Mac 2015

Selasa, Mac 03, 2015
Caliph Buskers Di Hina Kerana Politik | Selepas lebih sebulan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia melalui Anugerah Juara Lagu (AJL) Januari lalu, anggota Caliph Buskers, Azmi Saat melahirkan kekesalan apabila kumpulannya dihina.

Caliph Buskers Di Hina Kerana Politik

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Azmi berkongsi rasa sedih apabila sorakan dan sokongan yang diterima kini berubah kepada penghinaan.

“Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.

“Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Ke mana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah daripada sorakan kepada penghinaan?,” ujarnya.

Sebelum ini, Caliph Buskers dilaporkan sebuah portal berita tempatan meminta agar pihak yang menganjurkan himpunan #KitaLawan di pusat beli belah Sogo membatalkan niat tersebut kerana mengganggu kelangsungan periuk nasi pemuzik jalanan yang mencari makan di kawasan tersebut.

Bulan lalu, kira-kira 50 peserta berhimpun bagi menunjukkan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Caliph Buskers Di Hina Kerana Politik

Melalui kenyataan sama, Azmi merayu agar semua perbuatan tersebut dihentikan dan memberi ruang kepada kumpulannya untuk berkarya.

“Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang.

“Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar daripada bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.

“Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB,” rayunya.

Melalui perenggan terakhir yang ditulisnya, Azmi menulis jika ditakdirkan perjalanan Caliph Buskers terhenti, biarlah mereka berhenti sebagai penghibur yang pernah memberi ketenangan bukan yang pernah menyakiti hati orang lain.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/caliph-buskers-kesal-dihina-1.364567


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.