Khamis, 12 Mac 2015

Khamis, Mac 12, 2015
Dazrin Dedah Detik Kemalangan Babitkan Dirinya | Malang tidak berbau apabila pelakon lelaki yang popular menerusi drama Adam dan Hawa, Dazrin Kamarudin terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori baru-baru ini.

Dazrin Dedah Detik Kemalangan Babitkan Dirinya

Dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 1 tengah malam Isnin lalu, Dazrin, 27, memandu sendirian dalam perjalanan dari Melaka menuju ke rumahnya di Puchong, Selangor.

Dazrin yang memandu kereta miliknya, Mitsubishi Lancer Sportback berwarna merah dilaporkan mengalami kecederaan yang agak serius pada bahagian hidung, kepala dan kaki.

Mengakui masih trauma ekoran kejadian tersebut, bekas tunang Amyra Rosli itu tetap bersyukur kerana terselamat daripada maut.

Dazrin dihubungi media bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden tersebut dan ditanya adakah benar dia terlibat dalam kemalangan.

"Ya, betul. Saya terlibat dalam sebuah kemalangan pada hari Isnin, 9 Mac lalu. Kereta yang saya pandu berlanggar dengan sebuah lori. Ketika kejadian, saya dalam perjalanan dari Melaka ke ke Puchong. Saya berada di Melaka kerana menjalani penggambaran sebuah drama di sana.

"Kejadian berlaku berhampiran Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban dan di sekitar kawasan itu ada tapak pembinaan. Disebabkan hujan yang terlalu lebat, saya fikir lebih baik berhenti di kawasan itu buat seketika.

"Tiba-tiba kereta saya terlanggar lopak air dan akibat gagal mengawal kenderaan, saya merempuh sebuah lori yang ada di hadapan saya. Sudahnya, kereta saya remuk teruk dan saya sendiri mengalami kecederaan di bahagian kepala, hidung dan kaki.

"Saya masih trauma dengan kejadian itu kerana selepas kemalangan, pemandu lori yang turun melihat keadaan saya turut bercerita bahawa lori tersebut merupakan lori yang sama terlibat dalam kemalangan maut membabitkan ahli politik terkenal, mendiang Karpal Singh pada April tahun lepas.

Dazrin juga menafikan dia memandu dalam keadaan mengantuk ketika kejadian.

"Pada malam itu saya langsung tidak mengantuk. Kemalangan itu berlaku kerana saya hilang kawalan akibat terlanggar lopak air dan hujan lebat. Saya juga tidak memandu laju ketika itu.

"Alhamdulillah urusan laporan polis telah pun diselesaikan. Kereta saya pula remuk teruk di bahagian depan dan sebelah kiri. Sekarang ia dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Saya masih menunggu kepastian daripada mekanik untuk memastikan sama ada kereta tersebut masih boleh dibaiki atau diisytiharkan rosak total.

Dalam pada itu, Dazrin juga bersyukur kerana masih diberi ruang olehNYA untuk hidup walaupun mengalami kecederaan yang agak teruk terutamanya dibahagian.

"Alhamdulillah, saya okey. Mujur nyawa saya tidak melayang pada malam itu. Rasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk hidup.

"Kecederaan yang saya alami agak teruk, terutamanya di bahagian kaki tetapi saya gagahkan diri untuk terus bekerja. Sekarang saya berada di Melaka sehingga 20 Mac ini untuk meneruskan kembali sesi penggambaran.

"Saya terpaksa tolak tepi soal keselamatan kerana bimbang jika mengambil cuti sakit terlalu panjang, perkara ini akan mengganggu jadual orang lain.Insya-Allah semuanya akan okey sebab doktor juga sudah bekalkan saya dengan ubat penahan sakit.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.