Ahad, 1 Mac 2015

Ahad, Mac 01, 2015
Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Semula Nama Shukri Yahya | Asam Pedas Untuk Dia menerima sambutan hangat para penonton dan peminat drama di TV3. Asam Pedas Untuk Dia dibarisi pelakon utama Shukri Yahya, sebagai Ziyad, Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya, Adella Aryana sebagai Farhana, Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz.
Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Semula Nama Shukri Yahya

Asam Pedas Untuk Dia disiarkan mulai 10 Januari 2015, setiap Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baru TV3 iaitu slot Dahlia.

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Sinopsis Asam Pedas Untuk Dia


Ia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kali, asam pedas Ainin Sofiya mendapat pujian.Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan

Pada mulanya Ainin menolak, tetapi setelah didesak, Ainin menerima lamaran Ziyad berserta syarat tambahan Ziyad yang mahu merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya.

Sebenarnya Ainin memang makan hati dengan sikap Ziyad yang berat sebelah. Ainin tak boleh ambil tahu perihal hidup Ziyad tapi Ziyad sesuka hati menggunakan hak dia sebagai suami untuk mengongkong Ainin.

Ziyad berasa risau bila Ainin tidak menunjukkan sebarang emosi berkaitan pertunangan Ziyad dengan Shafinaz.

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Ziyad akhirnya terpaksa meneruskan janjinya meminang (bekas) buah hatinya Syafinaz. Walaupun tiada rasa cinta untuk kekasihnya, Ziyad rasa bersalah apabila Ainin tidak menunjukkan sebarang emosi dengan berita pertunangannya dengan Syafinaz.

Berita kehamilan Ainin membuat dia dicemuh. Ziyad pula diam membatu berusaha menutup hubungannya dengan Ainin. Ziyad menyalahkan Ainin kerana enggan mengikut apa yang telah dirancang.

Ainin kecewa apabila Ziyad akhirnya meneruskan perkahwinanya dengan Syafinaz dan akan menyembunyikan Ainin di Tanjung Karang.Ainin menghilangkan diri. Ziyad seperti cacing kepanasan, rasa rindu dan sayang yang mendalam pada Ainin membuat dia mengambil keputusan memutuskan pertunangannya bersama Syafinaz.

Keputusan segera Ziyad memutuskan pertunangan dengan Syafinaz mengejutkan semua ahli keluarganya. Walaupun Syafinaz enggan menerima keputusan Ziyad tetapi ianya diterima baik oleh ahli keluarga Syafinaz sendiri. Ziyad terpaksa berterus terang tentang hubungan dan anak di dalam kandungan Ainin. Ziyad akhirnya mencari Ainin dan memujuk isteri kesayangannya pulang untuk bertemu keluarga Ziyad.

Barisan pelakon : Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

4 Foto - Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

Drama Asam Pedas Untuk Dia Naikkan Nama Shukri Yahya

sumber
http://instagram.com/shukriyahaya


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.