Khamis, 5 Mac 2015

Khamis, Mac 05, 2015
Duta Amerika Di Kelar Lelaki Menggunakan Pisau Cukur Di Seoul | Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Korea Selatan, Mark Lippert cedera dalam satu serangan mengunakan pisau cukur di Seoul pada Khamis.

Duta Amerika Di Kelar Lelaki Menggunakan Pisau Cukur Di Seoul

Saluran berita YTN yang memetik sumber polis berkata, seorang lelaki yang mempunyai pisau cukur pada tangan kanannya menyerang Lippert sewaktu duta besar itu menghadiri majlis sarapan pagi di tengah bandar Seoul.
Saluran berita itu memaparkan sekeping gambar menunjukkan duta itu berlumuran darah sambil tangan kanannya memegang pipi kanannya, dengan tangan kirinya juga mempunyai kesan darah.

Lippert, 42, dibawa ke hospital, tetapi kecederaan yang dialaminya dilaporkan tidak parah.


Penyerang yang dilaporkan melaungkan slogan anti peperangan ketika membuat serangan ke atas Lippert yang baharu sahaja memegang jawatan tersebut di Seoul pada Oktober tahun lalu, telah ditahan serta-merta.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan melancarkan gerakan tentera bersama pada minggu ini, menimbulkan ketegangan dengan Korea Utara. - AFP

sumber
http://www.mstar.com.my/
berita/berita-dunia/2015/03/05/duta-as-diserang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.