Isnin, 16 Mac 2015

Isnin, Mac 16, 2015
Emma Maembong Dah Jumpa Keluarga Kamal Adli? | BTakkan cepat betul? Terkejut juga bila mendengar gosip terbaru ni. Tapi, secara logik akalnya tak salah pun jika mereka benar-benar mempunyai hubungan yang istimewa kerana kedua-duanya sedang ‘patah hati’ dengan cinta yang lalu.

Emma Maembong Dah Jumpa Keluarga Kamal Adli

Desas-desus ini sebenarnya bermula pada akhir tahun lalu apabila Kamal dikatakan telah menjemput dan menghantar Emma ke lapangan terbang. Tapi, macam biasalah, Kamal menafikan dakwaan itu.

Namun, baru-baru ini kedengaran pula cerita bahawa Kamal sudahpun membawa Emma berjumpa ahli keluarganya. Minta restu ke? Hehe.

Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.

Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. – Malaysian Digest

Jika benar bagai dikata, kiranya pantas juga mereka menggantikan cinta lama kan? Hurm..Bagaimanapun, setakat ini kedua-duanya berkata bahawa mereka selesa berkawan rapat.

Pesan kami pada Kamal, kalau dah suka, pinang cepat-cepat. Bukan apa, tak nak pisang berbuah dua kali.

sumber
http://www.ohbulan.com/baru-putus-cinta-dengan-zizan-razak-emma-maembong-sudah-jumpa-keluarga-kamal-adli/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.