Ahad, 1 Mac 2015

Ahad, Mac 01, 2015
Emma Maembong Okey, Zizan Yang Masaalah - Wakil Mamat Khalid | Wakil promosi filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, Zubir Badar Shahir menjelaskan pihaknya tiada masalah dengan komitmen Emma Maembong tetapi benar-benar ralat dengan sikap dolak-dalik Zizan Razak.

Emma Maembong Okey, Zizan Yang Masaalah - Wakil Mamat Khalid

Kata Zubir, cuma pada malam pra tonton filem berkenaan diadakan pengarah filem itu tidak mengetahui perkara sebenar.

Zubir menghubungi pihak BH Online untuk menjelaskan perkara sebenar selepas artikel

"Benar apa yang diberitahu Emma kepada BH Online. Kami tak salahkan dia dalam hal ini. Tetapi yang menjadi masalah besar kami ialah sikap Zizan sendiri. Memang benar majlis pra tonton diputuskan pada saat akhir. Tapi bukanlah esok nak buat, hari ini baru maklum.

Zizan & Emma HILANG, Mamat Khalid Redha

"Malah saya sendiri dimarahi pihak pembantu peribadi Zizan kerana suka hati nak anjurkan pratonton bertarikh semalam. Cuma akhirnya awal minggu lalu, pembantu peribadinya memaklumkan Zizan akan hadir juga.

"Tetapi dijadikan cerita sehari sebelum pratonton berlangsung, pembantu peribadinya menghubungi saya memaklumkan Zizan ada penggambaran tambahan filem Polis EVO. Mulanya ingat kalau Emma tak datang, sekurang-kurangnya Zizan ada. Tapi akhirnya Zizan pun tak ada," kata Zubir.

Emma Maembong & Zizan Dah Lama Putus, Kesal Kenyataan Mamat Khalid

Menurut Zubir, dia benar-benar kecewa dengan sikap Zizan yang sesuka hati mengutamakan perkara lain sekalipun sudah menyatakan persetujuan untuk hadir ke pra tonton filem arahan Mamat Khalid ini.

"Malah semalam saya melihat dia memuat naik gambar di laman Instagram di stesen radio IM4u FM mempromosikan filem Cicak Man 3. Kenapa jadi begitu sedangkan dia perlu datang ke pra tonton filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh," kata Zubir.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/37254


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.