Isnin, 16 Mac 2015

Isnin, Mac 16, 2015
Erin Kesal Gambar Ultrasound Tersebar | Berita Erin Malik mengandung dengan bukti gambar ultrasound menyebabkan ramai peminat memberikan ucapan tahniah untuknya dan suami.

Erin Kesal Gambar Ultrasound Tersebar

Lebih menarik, pelakon berusia 21 tahun ini dikatakan hamil anak kembar.

Bagaimanapun, Erin Malek sebenarnya agak sedih dengan penyebaran gambar tersebut.

Katanya, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sedangkan dia hanya berkongsi mengenai gambar itu bersama keluarga terdekat sahaja.

"Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.

"Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini," katanya.

Tambah Erin lagi, banyak dugaan yang terpaksa dilaluinya setelah gambar tersebut didedahkan.

"Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup.

"Sekarang saya lebih banyak mendiamkan diri dan tidak memikirkan sangat perkara tersebut," katanya bersyukur dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Pada masa sama, Erin gembira kerana suaminya banyak memberikan sokongan apabila dia hamil dan bakal menjadi ibu pada usia muda.

"Kami memang tidak pernah merancang bila hendak mempunyai anak. Tahu-tahu sahaja ALLAH sudah aturkan semua ini.

"Paling menggembirakan saya hamil anak kembar, bagi saya, semua ini telah ditentukan dan hanya Dia yang tahu apa yang dirancang untuk hambanya," katanya penuh gembira.

Malah katanya, dia juga bersedia bergelar ibu muda sementelah sudah biasa melayan anak buahnya.

"Rasanya memang tidak kekok sebab saya rapat dengan anak buah yang masih kecil.

"Saya tiada halangan atau kesukaran untuk menjadi mereka inikan pula anak sendiri," katanya.

Ditanya apakah dia mempunyai salasilah keluarga kembar, ujarnya, dia tidak pasti jika di sebelah keluarganya.

"Kalau sebelah suami saya memang ada, malah ayah dan ibunya sendiri mempunyai keturunan kembar," katanya.

Pada masa sama, pelakon filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya ini, lebih selesa berehat sepanjang kehamilannya.

"Buat masa ni, saya memang banyak berehat di rumah. Kalau nak keluar pun ikut mood.

"Masa yang ada saya penuhi dengan membaca buku-buku dan ilmu mengenai kehamilan," katanya terpaksa menolak beberapa tawaran yang datang.

Bercerita perkembangan terbarunya pula, kata Erin, dia tiada sebarang produk dalam masa terdekat.

"Lepas kahwin memang tiada kerja, saya banyak habiskan bercuti dan berbulan madu bersama suami.

"Sekarang pun masih dalam mood bercuti lagi, tiba-tiba dapat tahu mengandung, jadi saya dan suami turut membatalkan percutian lain yang telah dirancang," katanya lagi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/erin-malek-kesal-gambar-ultrasound-tersebar-1.368869


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.