Ahad, 29 Mac 2015

Ahad, Mac 29, 2015
Fizo Omar Ikrar Derma Organ | Fizo Omar berikrar untuk mendermakan organnya menerusi laman Facebook milik beliau kelmarin.

Fizo Omar Ikrar Derma Organ

“Pada hari ini (Jumaat) saya telah berikrar untuk mendermakan organ setelah saya meninggal dunia nanti.

“Insya-Allah saya doakan agar organ yang didermakan nanti memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan,” tulisnya menerusi Facebook beliau.

Dalam pada itu, Fizo ketika dihubungi media memberitahu, keputusan itu dibuat kerana dia ingin membantu dan memberi harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang sedang mengharapkan sumbangan organ di negara ini.

“Semua orang ingin mati dalam keadaan sempurna, tetapi tidak salah jika kita sumbangkan organ yang masih boleh digunakan seperti buah pinggang, hati dan jantung bagi membolehkan pesakit terbabit terus hidup,” kata Fizo. 

Untuk info, antara selebriti yang pernah berikrar untuk mendermakan organ sebelum ini ialah pengacara terkenal, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam menyambut baik ikrar Fizo sambil berkata, seseorang yang berikrar menjadi perderma organ perlu memberitahu anggota keluarga terdekat mereka kerana Akta Tisu Manusia 1974 memperuntukkan hanya anggota keluarga berhak memberi kebenaran bagi menderma organ si mati pada saat kematiannya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.