Rabu, 11 Mac 2015

Rabu, Mac 11, 2015
Gambar Dazrin Kamarudin Kemalangan | Menerusi laman Instagram dan Facebook milik pelakon Dazrin Kamarudin, beliau dilihat telah memuatnaik gambarnya yang telah mengalami kemalangan jalan raya. 

Gambar Dazrin Kamarudin Kemalangan

Dua gambar yang disiarkan telah cukup membuktikan kereta berwarna merah miliknya rosak teruk dan remuk setelah bertembung dengan sebuah lori.

Dalam masa sama, sahabat Dazrin yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Salwa Razak memaklumkan kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan Dazrin yang mengantuk.

“Pesan saya, jangan teruskan perjalanan kalau mengantuk,” tulis Salwa di akaun Instagramnya yang merujuk kepada gambar kemalangan melibatkan Dazrin.

Gambar Dazrin Kamarudin Kemalangan

Nasib baik segalanya selamat. Dazrin tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Gambar kredit dari Instagram milik Dazrin dan Salwa.

sumber
http://www.budiey.com/dazrin-kamarudin-kemalangan-garagara-terlalu-mengantuk/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.