Jumaat, 20 Mac 2015

Jumaat, Mac 20, 2015
Gambar: Najib Doakan Anak Jadi Isteri Solehah | Datuk Seri Najib Razak berkata, majlis ijab kabul puterinya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev, malam tadi, oleh beliau sendiri, amat bermakna sekali baginya sebagai ayah.

Gambar: Najib Doakan Anak Jadi Isteri Solehah

“Gina (nama panggilan Nooryana Najwa) akan diijabkabulkan oleh saya,” kata perdana menteri dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitter dan Facebook, hari ini.

Dalam catatan terdahulu, Najib berdoa semoga perkahwinan anaknya bersama Daniyar akan diberkati Allah SWT.

Gambar: Najib Doakan Anak Jadi Isteri Solehah

"Saat bahagia yang dinantikan anak perempuan saya Gina akan berlangsung malam ini. Sebagai ayah, saya doa agar Gina menjadi seorang isteri yang solehah, insya-Allah," katanya dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitter dan Facebook hari ini.

Gambar: Najib Doakan Anak Jadi Isteri Solehah

Beliau turut berharap agar anaknya akan sentiasa bahagia di samping suami.

Semalam, jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata majlis akad nikah Nooryana Najwa akan berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, yang akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Gambar: Najib Doakan Anak Jadi Isteri Solehah

Jamil Khir berkata, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan anak mereka di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Nooryana Najwa, 27, lulusan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat pada 2011, dan kini berkhidmat dengan syarikat ‘venture capital’.

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan, ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat. - Bernama



sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-doakan-perkahwinan-anaknya-diberkati-1.370727


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.